Sepanjang sembilan bulan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah pimpinan Hannah Yeoh, sebanyak 22 perubahan dilakukan bagi menambah baik pentadbiran kementerian tersebut.
22 perubahan tersebut melibatkan empat teras utama iaitu memperkukuhkan ekosistem sukan, merakyatkan sukan, memperkasakan belia dan merakyatkan fasiliti KBS.
Memperkukuhkan Ekosistem Sukan
12 perubahan telah dilakukan KBS di bawah teras ini adalah seperti berikut:
1. Menubuhkan Jawatankuasa Tertinggi Pembangunan Sukan (HLC).
2. Memudah cara penganjuran acara sukan bagi menggalakkan lebih banyak aktiviti sukan diadakan. Kini semua acara sukan tempatan yang dianjurkan oleh persatuan dan kelab sukan yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 tidak lagi perlu mendapatkan kelulusan daripada Pesuruhjaya Sukan.
3. Pembangunan Sukan 1997 tidak lagi perlu mendapatkan kelulusan daripada Pesuruhjaya Sukan.
Meningkatkan sukan yang diiktiraf daripada 51 kepada 103 jenis sukan.
4. KBS juga telah mengklasifikasikan sukan tempur sebagai aktiviti sukan di sekolah supaya murid yang terlibat mendapat pengiktirafan yang sama dengan sukan lain selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576).
5. KBS telah bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam usaha memulihara Harimau Malaya apabila setiap RM1 daripada jualan tiket perlawanan pasukan kebangsaan akan disumbangkan sebagai usaha pemuliharaan Harimau Malaya.
6. Sebuah Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan (NESDEG) dikeluarkan KBS pada Jun 2023, bertujuan untuk membangunkan peraturan, hak dan tanggungjawab yang lebih besar dalam industri e-sukan.
7. KBS juga telah melancarkan laman web yang memaparkan semua maklumat berhubung jumlah pembiayaan yang dipohon oleh Persatuan Sukan Kebangsaan serta program yang dilaksanakan berdasarkan pembiayaan yang diluluskan.
8. Bagi menyelesaikan konflik sukan dengan lebih efektif, KBS menubuhkan Jawatankuasa Pertikaian Sukan (SDC) bagi mendengar dan menyelesaikan konflik yang berkaitan dengan ahli pertubuhan sukan serta pertubuhan sukan itu sendiri.
9. KBS juga telah mengumumkan Jawatankuasa Road to Gold (RTG) bertujuan menyelaraskan usaha negara ke arah mendapatkan pingat Emas Olimpik yang pertama untuk Malaysia yang akan meliputi dua kitaran Olimpik iaitu Paris 2024 dan Los Angeles 2028.
10. Bagi mengurangkan birokrasi dan membolehkan orang ramai mendapatkan kemudahan perkhidmatan kementerian itu, KBS telah menganjurkan KBS Open Day setiap bulan.
11. Kod Sukan Selamat juga diperkenalkan sebagai garis panduan untuk mewujudkan persekitaran sukan selamat yang menekankan peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam menangani gangguan dan penderaan.
12. Bagi memastikan keselamatan dan keperluan atlet para terjaga, KBS mengumumkan Pegawai Pengiring wajib mengiringi atlet para negara di pertandingan antarabangsa.
Merakyatkan Sukan
Empat perubahan telah dilakukan KBS di bawah teras ini adalah seperti berikut:
1. Bagi memudahkan orang ramai dan persatuan sukan untuk mendapatkan informasi mengenai fasiliti sukan KBS, sebuah direktori fasiliti diwujukan yang menyenaraikan lebih 1,000 fasiliti sukan yang dimiliki dan dikendalikan di seluruh nengara.
2. KBS juga menawarkan kelas renang percuma kepada kanak-kanak B40 bagi mengurangkan kejadian lemas dalam kalangan komuniti itu yang telah dijalankan di 54 lokasi di seluruh negara.
3. Penganjuran tayangan acara sukan melalui skrin besar juga diadakan oleh KBS untuk memberi akses kepada orang ramai menikmati acara sukan secara langsung sambil memupuk minat bersukan di kalangan generasi muda.
4. Bagi memastikan rakyat mendapatkan barangan sukan yang mampu milik, KBS telah memperluaskan Jualan Sukan Rahmah, yang merupakan kesinambungan program Payung Rahmah bertujuan menjadikan barangan sukan lebih mampu milik.
Memperkasakan Belia
Dua perubahan untuk memperkasakan belia telah dilakukan KBS adalah seperti berikut:
1. KBS melancarkan fasa baharu Rakan Muda yang menampilkan 10 Gaya Hidup yang direka untuk menarik minat belia masa kini, termasuk dua gaya hidup baharu iaitu Rakan Demokrasi dan Rakan Litar.
2. Bagi meningkatkan literasi politik dalam kalangan belia, KBS melancarkan Sekolah Rukun Negara. Modul program itu termasukan Perlembagaan Persekutuan, Parlimen, proses pilihan raya, prinsip Rukun Negara, pilihan raya dan kerajaan tempatan.
Merakyatkan Fasiliti KBS
Empat usaha yang ditambah baik dalam teras ini adalah seperti berikut:
1. Sekolah di Malaysia kini boleh menggunakan stadium untuk penganjuran hari sukan mereka menerusi usaha KBS yang membuka fasiliti Perbadanan Stadium Malaysia. Stadium yang terlibat adalah Stadium Nasional Bukit Jalil, Kompleks Sukan Jalan Duta dan Kompleks Sukan Bukit Kiara.
2. Bagi memastikan setiap persatuan sukan kebangsaan mendapatkan tempat latihan kekal, KBS melancarkan Inisiatif 1 Sukan 1 Fasiliti, dengan matlamat membangunkan prestasi dan bakat dalam sukan.
3. KBS melancarkan Youth Capsule (Y-Capsule) @IYCResidence pada harga sewaan RM10 sehari untuk belia yang sedang menjalani latihan industri, sedang mencari pekerjaan atau mereka yang bekerja tetapi tidak mempunyai tempat tinggal.
4. Bagi menggalakan keluarga meluangkan masa berkualiti bersama-sama, KBS melalui agensinya Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) menawarkan tapak Kem Wawasan untuk menggalakkan Perkhemahan Keluarga.
Ian Johan Ariff
Sat Jan 13 2024
Hannah Yeoh dan Adam Adli telah memperkukuhkan ekosistem sukan, merakyatkan sukan, memperkasakan belia dan merakyatkan fasiliti KBS dalam masa sembilan bulan di KBS. - Foto KBS.
Makanan, destinasi pelancongan Malaysia dipromosi di Universiti Islam Madinah
Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi (Persada) cawangan Universiti Islam Madinah mengambil kesempatan mempromosikan budaya, makanan, destinasi pelancongan dan institusi pendidikan Malaysia.
Ringgit dinilai secara tidak adil berbanding dolar AS - Timbalan Gabenor BNM
Penilaian begitu tidak mengambil kira prestasi mata wang secara keseluruhan, kekukuhan dan asas-asas ekonomi negara dan prospek masa depan.
Seorang maut, dua cedera nahas dua lori treler
Identiti mangsa yang maut belum dapat dikenal pasti manakala yang cedera ialah Berudie Nyalai, 24 tahun, dan Saberi, 36 tahun.
MIC nafi dakwaan wujud boikot secara senyap dalam parti
MIC menuntut agar portal media berkenaan mendedahkan sumber yang mengeluarkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang.
PRK KKB: Komuniti India diingatkan jadi pengundi bertanggungjawab - Ramanan
Ramanan berkata mereka tidak seharusnya termakan dengan sentimen yang digerakkan pihak tertentu yang menyeru mereka memboikot PRK berkenaan.
Penyokong, netizen diminta henti spekulasi isu keselamatan dalam bola sepak - Shahelmey
Spekulasi, provokasi dan penyebaran berita palsu, akan membuatkan isu itu semakin panas serta tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
Lima lelaki dipenjara 36 tahun, 12 sebatan bunuh rakan
Kesemua tertuduh didakwa membunuh Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der di Kampung Raja, Besut pada Jun 2017.
Penantian berakhir, pemasangan Starlink beri kelegaan buat Orang Asli Kerling
Sebelum ini, kampung itu tidak menerima isyarat liputan daripada syarikat telekomunikasi sekali gus memaksa mereka keluar ke jalan besar.
Kemampanan penting dalam tangani isu perubahan iklim, bukan sekat perdagangan bebas - Tengku Zafrul
Prasyarat hijau tidak boleh digunakan sebagai halangan bukan tarif atau menjadi mekanisme imperialisme ekologi zaman moden.
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
KBS akan tambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands
Kementerian Belia dan Sukan berhasrat untuk menambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands bagi memberi sokongan kepada atlet di kawasan itu sehingga ke peringkat akar umbi.
KBS pastikan Faisal Halim dapat rawatan percuma di ISN - Hannah
Hannah berkata pihaknya akan memastikan Faisal Halim mendapat sokongan dan rawatan yang diperlukan sepanjang tempoh pemulihan yang dijangka mengambil masa beberapa bulan.
Piala Thomas 2024: 15 skrin besar tayang aksi separuh akhir Malaysia-China esok
Antara lokasi yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) antaranya ialah Dataran Merdeka dan Dataran Putrajaya.
KBS sasar 8,880 individu sertai KLAS Renang tahun ini
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan sebanyak 8,880 individu menyertai Program Kemahiran Latihan Asas Sukan Renang (KLAS Renang) di seluruh negara tahun ini.
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
MyMHI'23 ukur tahap kesihatan mental belia - KBS
Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 (MyMHI'23) dilancarkan hari ini bagi mengukur tahap kesihatan mental belia berumur antara 15 hingga 30 tahun.
Hari Belia Negara di Melaka bakal tampil 10 segmen gaya hidup rakan muda
Bertempat di Dataran Pahlawan, acara itu meliputi segmen litar, aktif, bumi, demokrasi, digital, ekspresi, muzik, mahir, niaga dan prihatin.
KBS pastikan pemantauan terhadap persatuan sukan kebangsaan diperkasa
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memastikan pemantauan terhadap Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) terus diperkasa, kata menterinya Hannah Yeoh.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.